header image
 

..::cINtA aLLaH::..

Indahnya Pabila Kau Tahu
Allah Tiada Akan Membiarkanmu

Meskipun Di Hatimu Tiada Menginsafi
Dikau DisayangiNya Dikau MilikNya

KalimahNya Imanmu
Hidayah Harapanmu

Dikau Musafir Dalam Kehidupan
Kerna Itu Kau Perlukan
BantuanNya Dan Jua HidayahNya

Nikmat DicurahkanNya Untukmu
Meskipun Dirimu Tiada Bersyukur
Tiada Kau Takuti Siksa Api Neraka ?
Yang Bakal Menimpa Mereka Yang Derhaka

Pintalah Selalu PengampunanNya
Pohon DariNya Hidayah dan CintaNya
Pasti Kau Kan Bahagia
Bahagia Selamanya

RaMadHaN kaLi iNi…

Ramadhan tahun ini kami berpuasa di tempat baru…sudah pasti banyak bezanya dari sebelum ini, sudah biasa di tempat lama tetiba berubah angin di tempat baru…sukar pada mulanya, terutama pada diriku…kerinduan pada rumah lama yang sentiasa mengundang perasaan hiba di hati ini…rindu pada laman yang luas…rindu pada bunyi bising tractor and lorry pada waktu bekerja….rindu pada suara ang ang…rindu pada pekerja2 yg kekadang pruning, tabur baja, kutip biji, meracun di luar pagar rumah…rindu mandi air gunung…rindu pada kicauan burung pergi dan balik ke sarang…rindu nak halau lembu yang tetiba masuk dalam kawasan pagar rumah…rindu pada anak sungai yang ada kat laluan masuk rumah…rindu ngan pokok kelapa sawit yg terbentang luas saujana mata memandang,sbb umah aku kat atas bukit…rindu ngan kabus waktu pagi…rindu pada view gunung ganang yg cantik sgt kat sana…rindu nak makan char kuew teow kat sg. Kob….rindu sgt pada kucingku, katt….che mah ckap dia sihat je kat sana…makin gmok tp dia still tidur kat umah lama wlupn dah takde orng duk ctu…kucing tu byak kenangan utk aku, hubby belikan time aku merajuk masa baru2 kawin…aku akan menangis klu dia tak blk2 smpai lewat malam bila dia lawat kawasan,kawasan dia luas (seluruh dingin division kawasan dia rasanya) sbb pnah skali che mah bawa blk umah dia, ttiba dia dah blk kat umah ktorng…che mah punyelah mengelabah cari takut aku nangis ke atau marah dia….tapi kenapa aku tinggalkan katt? berat sebenarnya tp itulah keputusan yg terbaik utk dia, lagipun kawasan kat sini tak luas mcm kat sana….aku akan slalu lawat dia kat sana…

Teringin makan kueh kole kacang kat sg. kob…kole kacang yang the best aku pnah rasa…time puasa je aku jumpe, nak g sana time puasa ni tp tak sempat…hubby buzy n kitaorng berdua mmg buzy….teringat pd kak win, wife SA…rindu nk dgar dia bercerita, n menyayi coz suare dia mmg sedap…

Skrang aku tak leh manja2 mcm dulu lagi, macam masa kat sg dingin…klu dulu semua maid,gardener n guard yg buatkn apa yang aku mahukn, tp skrng kena uat sendiri…memang bukan masalah besar bagi aku, tp bila takde diaorng semua aku jd sunyi sepi….diorang selalu bahasakan aku ‘PUAN’ or “mem” tp aku slalu ckap” yg keje kat sini suami saya bukan saya, jadi layan saya macam orng biasa jelah…” diaorng still hormat aku sbgaimana diaorng hormat suami aku sbb hubby aku seorng TUAN yg baik dgn pekerja dia means diaornglah…hubby aku klu keje dlu sungguh2 jd aku tak kisah klu dia agak kekurangan masa bersama aku, sbb masa yg ada akan digunakn dgn sebaik2nya dgn lebih berkualiti…apa yg aku ckap ni?aku pun xfaham….wlupn dah dekat setahun kitaorng pindah, diaorng ttp menanti2 kedatangan kitaorng ke sana…kdg2 sedih plak, lagi2 bila dgar cerita setelah ketiadaan hubby ku di sana…bulan depan kitaorng dtg sana ok,so nntikan jelah…

puasa kali ni agak suram, sbb kehilangan yg aku alami…puasa pertamaku masih dalam tempoh berpantang…jd bila orng makan sedap2 aku tgok jelah tp aku tak kisah, berpantang tak sesukar melalui tempoh kehamilan (bagi akulah)….alhamdulillah berat badan ku sudah sampai ke berat asal, dan kini aku tgh berusaha menurunkan beberapa kg lg utk berada di bawah 50kg demi menyahut cabaran suamiku masa bersalin anak pertama dulu…hubby aku ingat lg sbb dia ada uat reminder kat hp dia…solat terawih masih berimamkn suamiku dirumah seperti tahun yg sebelumnya…klu aku takleh pose dia solat kat masjid klu dia rajin, tp slalunya aku tgok dia solat kat umah je….

Persiapan raya tahun ini pun agak kelam kabut, yelah mana nak jangka yang aku akan beraya kerana due date ku sepatutnya jatuh memang time raya nnt…jd semuanya beli siap…tak macam tahun lepas,takde tempah baju, takde nak uat biskut raya berjenis2, kek raya pun takde rasanya…klu sebelum ni sebelum puasa dah settle, tp kali ini hingga ke saat aku menulis ni masih ada banyak lagi yg tak beres…tetiba hubby nak cat rumah plak, nasib baiklah dia suh pekerja dia yg cat klu tak jenuh jgk aku tengokkan jelah gamaknya…ni pun aku dah sakit sluruh bdan kemas stor sbb banyak lagi barang yg berada dlm kotak tak dikeluarkn lagi, hubby aku ckap aku degil dia dah pesan uat sikit2 je nnt dia settlekn,ni dah tak larat baru nak berhenti…aku mmg degil n cerewet bab kemas2 ni, ada maid dulu pn aku sanggup kemaskan sendiri…klu maid dah uat aku akan uat balik…tp klu time aku malas, xkesahlah apapun…time eku malas tulah hubby aku suka…

Persiapan raya tak selesai lagi ditambah pula dgn persiapan utk ke singapore lagi jd hidup aku agak kucar kacir jgklah minggu ni….semua decision uat last minute…kitaorng nak g singapore minggu dpan, takut jgk sebenarnya, yelah banyak isu yg ditimbulkn tntang malaysia kan…

harap2 tahun depan boleh uat umrah plak….doakan ye…

Aku tak sedih ke?semua orng ckap aku kuat…aku macam kuat je sebenarnya…orng xnmpakk aku menangis, tp hakikatnya aku menangis jg…aku ingat kata2 doktor yg handle kes aku, apa yg berlaku ada hikmahnya, tak bermakna ini berakhirnya kehidupan aku…lihat pada apa yg sudah aku miliki, suami yg memahami n menyayangi aku, family n saudara mara yg banyak memberi sokongan dan kekuatan pada aku,teman2 yg mendoakn kesejahteraan untukku dan terutama buah hatiku yg sedia ada yg perlukan perhatian dariku…Allah tidak uji hati hambanya dgn ujian yg tak dapat ditanggung oleh hambaNya, ujian ini terlalu kecil klu nk dibandingkn dgn insan lain….dan sepatutnya aku bersyukur kerna tak semua insan diduga dgn pengalaman sepertiku….ini adalah tarbiah dari Allah utk aku menjadi insan yg lebih baik…aku tak mahu ceritakan tntang kehilangan yg aku lalui, bukan simpati yg aku mahukan…biarlah hanya insan yg amat dekat dgnku shja yg mengetahui cerita itu….

post kali ni agak santaikn…huhuhu…

hubby pn dah siap mengecat, so eloklah aku merenggangkn otot2 ku yg tegang ini…bukan selalu aku rajin mcmni, aku lebih rela melayan kerenah dina dr duk berjam2 mnghadap laptop, waktu yg aku tak terganggu ngan dina hanyalah di saat keheningan malam sebegini…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua…jemputlah datang beraya ke rumah ku…sedihnya Ramadhan dah nak berlalu meninggalkan ku….

..::iNsaN pEnaWaR HaTi::..

…Kerna cinta

Cinta suci

Buktinya tidak pernah sepi

Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara

Penunjuk jalan yang terang

Kau beri harapan saat ku jatuh

Bangun semula

Dan berikan sakti cintamu

Penawar racun berbisa

Dan ikatan kita cinta abadi hanya di syurga…

::TeArs iN my EyeS aGaIn::

“Ibarat berkecai alam semesta,
terapung tenggelam
 entah ke mana arah
tika dikau berbisik ku hiba…
Bagai tujuh lautan kekontangan
dedaun berguguran seakan berputus asa
kala dikau melangkah pergi…

Bukan ini yang ku pinta
Tidak mungkin ini akhirnya
Kerna ku masih
 genggam sumpah setia…”

Tetiba je sedih sgt dengar lagu ni…tak boleh tidur n bertambah sedih bila dengar lagu ‘izinkan ku pergi -kaer’…ALLAH punya perancangan yg lebih baik dari kita, jgn sedih2…

Kesatlah Airmatamu Wahai Wanita

Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

“Assalamualaikum,” satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

“Waalaikumusalam,” jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

“Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `’

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang’ dari bibirnya.

Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati’ nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.

Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. “Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `’ ujarku.

`’ Ha’ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `’Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.

Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

“Abang…..” aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

“Ya sayang…” Ahhh….bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

“Abang… terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah.” Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

“Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya.”

`’Insya Allah abang….Ain sayangkan abang. `’

`’Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.”

Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.

Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.

Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira’.

Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!

Ahhh….dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

`’ Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu .`’

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

” Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`’ Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.

Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

“Ain…..abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.”

“Apa dia abang?” tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `’ Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri,” bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

“Abang ada masalah ke?” Aku cuba meneka.

“Tidak Ain. Sebenarnya……,” bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

“Ain……abang…..abang nak minta izin Ain……untuk berkahwin lagi,” ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

“A…..Abang…..nak kahwin lagi?” aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.

Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk. `’ Dengan siapa abang ? `’ Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi….hatiku… hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

`’ Faizah. Ain kenal dia, kan ? `’

Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.

Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

” A….Abang……Apa salah Ain abang?” nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

“Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain.”

“Tapi….Faizah. Abang juga sayang pada Faizah….bermakna…..sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi.”

“Ain…..sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah….Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.

Lagipun….abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `’

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?

Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.

Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan…..ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus /> dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.

Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.

Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.

Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

`Oh Tuhan…berilah aku petunjukMu.’ Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ?

Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah… Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.

Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

“Ain?……Ain serius?”

“Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau…Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia,” ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.

Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

`’ Izah……akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
cakapkan, `’ setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

`’ Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `’ lembut nada suaranya.

“Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?”

“Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?” Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

” Pernah dia cakap dia sukakan Izah?”

“Sukakan Izah? Isyyy….tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `’

`’ Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita…….” Aku terdiam seketika. “Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?” Dengan amat berat hati, aku tuturkan
kalimah itu.

” Kak Ain!” jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `’ Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `’ kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

“Tidak Izah. Akak tak bergurau……Izah sudi jadi saudara Kak Ain?” ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

“Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang……Ustaz Harris…..mahu… melamar saya?”

Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.

Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

“Kak Ain…..saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka,” ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.

“Izah…Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang
Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain.”

“Kak…maafkan Izah.” Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

“Jadi…Izah setuju?” Soalku apabila tangisan kami telah reda.

`’ Kak Ain….ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain.”

“Soal Kak Ain….Izah jangan risau, hati Kak Ain…Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `’

“Akak…..Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.”

“Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah.”

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah…..inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.’

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.

Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

“Ain…..abang minta maaf sayang,” ujar suamiku pada suatu hari,
beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

“Kenapa?”

“Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi….Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang….malu dengan Ain.”

“Abang….syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `’

`’ Ain….Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.
Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain.”

“Tapi…abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin.”

“Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya.” Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.

Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.

Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman
bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

`’ Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?” ujarnya lembut.

“Ain rindu abang. Rindu sangat. `’ Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

`’ Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `’ Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

`’Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `’Aku menduga keikhlasan bicaranya.

`’ Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `’

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.

Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.

Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu’ mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh…anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi….. ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.
Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

“Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga.” (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.

PENGHARAPAN BUAT SEORANG RIJAL AL-AMIR

Aku mewakili rindu seorang Annas

Cucu cicit rusuk kiri Adam

Yang merindui perlindungan penaungnya

Ya, aku cumalah seorang Annisa’

Dengan satu akal anugerah Dia

Mampukah memimpin sembilan nafsu tanpamu?

Ketahuilah sesungguhnya engkau umpama si penjual kasturi

Aku kepinginkan harumanmu untuk keredhaan Dia

Biar aku tidak sesuci penghuni Al A’raf

Namun bimbinglah aku wahai Ar Rijal

Kerana kejelikanku menimbun tinggi mencela diri

 

Seperti sinar rembulan menerang malam

Pancarkanlah An-Nur ke seluruh diriku

Aku mahu hilang segala pilu duka

Lantaran dosa-dosa mazmumah insaniah

Tenangkanlah aku dalam dakapanmu

Supaya luluh berderai segala dendamku

Biar berterbangan dibawa angin lalu

 

Walaupun engkau tidak sehebat seorang Amirul Mukminin

Jadilah pemimpin diriku ini

Bisikkan di telingaku kalimah-kalimah suci

Yang menjadi pegangan akidahmu

Buat kita sama-sama menjunjung Dia

Aku akan tetap setia di sisimu

Jika aku berduka lara

Aku hanya perlukan belaianmu

Wahai Rijal Al-Amir

Biar aku tahu

Aku tidak keseorangan menempuh badai dunia

Sematkan di dadaku fahaman muslimah sejati

Terima kasih insan budiman

 

Tetapi sayang

Aku hanyalah seorang pemilu

Yang tidak mengerti kerinduan sendiri

Sedang hati digigit resah

Rindukan kawalan

Rindukan belaian

Malang bagi aku

Entah siapakah Rijal Al-Amir

 

Mungkinkah engkau sudah tiada di dunia?

Lantaran tidak sesuai lagi

Hidup di dunia penuh palitan dosa

Atau mungkinkah aku terpaksa menanti

Walau sehingga seabad lagi?

 

Tuhanku

Kurniakan aku seorang Rijal Al-Amir

Seorang Amir Al-Rijal

Supaya Din yang indah ini

Tetap teguh di sisiku

Sepanjang waktu

Bersama hela nafas kita berdua

..:Suatu Renungan:..

 Jika kita selalu merasakan kita tidak layak menerima sesuatu yang baik dan berharga. Apabila perkara baik dan berharga itu datang tetapi kita tidak melakukan apa yang sepatutnya sehingga ia terlepas dari tangan. Erti kata lain, anda telah sabotaj diri sendiri. Namun ini adalah satu topik yang memerlukan kupasan tersendiri.

 

Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.

 

Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

 

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.

BeRsaBaR dIaTas MaSa aKan mEnGhaSilkAn CinTa…PART IV

Our little princess kami namakan NUR IRDINA WAJIHAH…banyak sangat nama yang sedap sampai tak tahu mana satu  nak pilih…

 

Saya melalui proses berpantang seperti ibu-ibu lepas bersalin yang lain…mungkin disebabkan saya bersalin normal dan rasa tak berapa nak sakit, saya bergerak seperti bukan orang yang baru sahaja bersalin…tak habis berpantang suami dah ajak pergi Cameroon Highland , sebab dia nampak saya sihat je kot untuk celebrate our first anniversary…

 

Pengalaman membesarkan, mendidik dan menjaga Dina adalah pengalaman yang amat berharga buat kami, terutamanya buat saya kerana saya lebih banyak menghabiskan masa saya bersama dia…dia seorang anak yang aktif dan tak boleh duduk diam…ayah dia cakap Dina ikut perangai saya…kuat merajuk macam ibu dia, manja macam ibu dia, sensitif macam ibu dia, semuanya macam ibu dialah…tapi sebenarnya Dina adalah gabungan perangai ibu dan ayah dia…Dina anak yang senang dijaga, tak banyak meragam, happy go lucky je…dialah penghibur, pengubat jiwa raga ibu dan ayah…

Semalam 1st bezday dina…dah setahun dah dia…cepat betul masa berlalu…sekarang dia tgh belajar berjalan….semua orang tak sabar nak tengok Dina berjalan…hubby cakap jangan pressure dia sangat, sebab itu dia takut nak berjalan…dia dah boleh cakap beberapa patah perkatan yang kami fahami dan banyak perkataan lain yang kami tak fahami…kekadang terdengar dia menyanyi kecil…suka dengar gelak ketawa dia…suka tengok dia tersenyum…comel sangat…

 

Semoga dia temui kebahagiaan dalam hidupnya di dunia dan akhirat sana….

 

Dan sekarang kami sedang menunggu our 2nd little star…tak lama lagi Dina nak dapat adik…sekarang ni pun dia dah pandai, bila saya tanya “baby mana?” Mesti dia tunjuk perut saya…tepuk-tepuk perut saya…baring kat tepi perut saya….

BeRsaBaR dIaTas MaSa aKan mEnGhaSilkAn CinTa…PART III

“Saya tak nak bercinta sebelum kita nikah…” kata dia dalam telefon..satu permintaan yang saya turut mempersetujuinya…saya dah serik bercinta mungkin diapun pernah lalui perkara yang sama dengan saya…saya berharap sangat saya tak bercinta dengan dia sebelum dia sah jadi suami saya…kita hanya merancang,tapi ALLAH dah punya aturanNya untuk kita…

 

Dalam masa empat bulan selepas itu pelbagai cerita berlaku pada kami…kami bertemu untuk pertama kalinya setelah lima tahun berlalu, dia masih sama macam dia yang dulu saya kenal…dia jumpe family saya…saya jumpe family dia…mama ngan abah dia jumpe mak saya…kalau boleh kami memang tak mahu tunggu lama-lama, susah nanti katanya tapi perancangan kami tak direstui…mungkin disebabkan faktor umur yang masih muda maka impian kami untuk membina istana bahagia terpaksa ditangguhkan dahulu…Terpaksalah juga kami bercinta…cinta utara selatan,banyak menduga hati dan perasaan…kalau orang lain bercinta,hujung-hujung minggu boleh keluar ‘dating’, keluar ramai-rami dengan kawan…pegi makan ke…pergi tengok wayang ke…kami?nak jumpepun susah….cinta utara selatan ini banyak menguji saya dan dia dari pelbagai aspek,hati dan perasaan yang banyaknya; cinta bukan hanya setakat mengukur sejauh mana kejujuran dan sejauh mana keikhlasan diri kita terhadap pasangan tetapi erti cinta lebih daripada itu…

 

Tanggal 13 Ogos 2006 kami ditunangkan dalam satu majlis yang serba sederhana… Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar…tujuh dulang hantaran dari dia dibalas sembilan dulang dari pihak saya….dari saya warna kuning dan dari dia warna merah… perasaan saya pada hari itu, sangat gembira dan sangat-sangat bahagia sebenarnya…kami sudah melangkah setapak lagi untuk merealisasikan impian kami…moga Allah dengar doa kami dan permudahkan segala urusan kami….

 

28 April 2007… Lapan bulan kemudian, dengan dua kali lafaz akad dan mas kahwin berjumlah RM 80 kami sah bergelar sebagai pasangan suami dan isteri…ini bermakna bertambah lagi satu amanah di bahu saya…saya kini seorang isteri, bermakna saya juga seorang menantu dan ipar…alhamdulillah Allah dengar doa kami dan permudahkan segalanya…semoga hubungan batin yang terbina di antara kami sentiasa berada dalam redha, rahmat dan kasih sayangNya…semoga Allah sentiasa beri kami hidayah dalam kami mencari syurgaNya….

 

 

“ kasih sayang saya takkan berubah sebelum dan selepas kita berkahwin…” dia sudah buktikan kata-katanya pada saya… dan setiap hari saya rasa kasih sayangnya pada saya semakin bertambah, tidak pernah sedikitpun ianya berkurang…setiap hari bagaikan kuntuman mawar yang berkembang, itu yang saya rasakan bila dia menjadi suami saya, dia juga sahabat paling baik saya merangkap kekasih dunia akhirat saya dan kadang-kadang dia juga jadi musuh saya sebab hari-hari dia yang saya jumpa…tipulah kalau saya kata hari-hari saya sentiasa rasa gembira, memang ada kalanya saya bersedih dan berduka tapi dia sentiasa ada untuk menceriakan saya…dia akan lakukan apa sahaja untuk buat saya gembira…adat hidup berumahtangga, ada manis, ada masam, ada masin, ada pahit, ada rasa kelat-kelat masam dan manis… kesimpulannya semua rasa ada; itulah yang menjadikan hidup kita lebih bermakna…

 

Kalau orang tanya “ Seronok ke berkahwin?” pasti saya akan jawab “ The very best thing happen in my life ialah bila saya berkahwin dan menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang amat saya sayangi dan cintai…”

Realiti sebuah perkahwinan tak sama seperti masa bercinta…. realiti sebuah perkahwinan

bukan seperti cinta monyet budak-budak sekolah…perkahwinan mewujudkan sebuah institusi kekeluargaan yg cukup suci, murni dan indah…

 

Empat bulan selepas bernikah, saya pregnant….perasaan masa tu bercampur baur, seronok, gembira, takut dan tak percaya yang diri saya pregnant.…boleh ke saya jadi ibu yang terbaik untuk anak saya nanti…?

13 minggu usia kandungan baru kami announce pada family…time tu bezday my husband dan  beberapa hari lagi nak  1 Syawal….sejak detik itu saya dilayan bagaikan seorang puteri raja…gerak geri saya sentiasa diperhatikan,buat itu tak boleh buat ini tak boleh…tapi saya tahu itu semua untuk kebaikan saya dan baby dalam kandungan….nasib baik kat umah ada maid teman saya,sekurang-kurangnya x perlulah diaorang risaukan sangat tentang saya….tapi diaorang tak tau saya kat umah lari naik bukit turun bukit kejar meow, kejar ayam dengan ang-ang kat umah sampai terjatuh…panjat sana panjat sini, tangki air kat belakang rumah pun saya panjat….alhamdulillah ALLAH permudahkan segala urusan saya sepanjang saya mengandung, dah cukup hari pun pekerja ingat saya macam tak mengandung… thanks to Che Mah yang jaga saya dan beri banyak tunjuk ajar sepanjang saya mengandung, kepada misi-misi KK Mahang yang always happening especially Kak Ita, Kak Latifah dan Kak Noraini, tidak lupa juga Dr. Sarah yang comel and always cool yang membuatkan saya seronok dan tak sabar untuk buat monthly checkup….

Pagi Rabu 9 April 2008, saya alami kontraksi yang kuat pada pukul 3 pagi…selang sejam saya alaminya lagi, entah kenapa saya buat tak tahu dan sambung tidur dalam keadaan tangan husband saya usap perut saya…saya ingat sakit biasa je sebab saya boleh tahan lagi….bangun subuh husband saya tanya “ nak bersalin ke?”, saya pula boleh jawab “ tak mahu bersalin harini…, lagipun due date lambat lagi..” kalau ingat balik jawapan saya itu kelakar pulak rasanya, boleh ditahan ke kalau baby tu nak keluar? Pagi tu saya boleh masak breakfast dan makan sesorang….sakit, tapi tak sakit sangat sebab boleh bergerak lagi…saya kemas beg mana yang belum dimasukkan lagi, mana tahu betul-betul nak bersalin…dalam pukul 9.35 pagi kontraksi dah 10 minit sekali tapi saya masih bertahan tak nak pergi hospital sehinggalah Cik Mah masuk bilik dan tanya keadaan saya…time tu nak berjalan pun sangkut-sangkut…Cik Mah dah siap masak untuk lunch tapi saya tak sempat nak makan sebab husband saya dah takut sangat kalau tetiba saya bersalin kat rumah, gabralah tu….

Sampai hospital dalam pukul 11 lebih, dari kaunter kecemasan nak ke dewan bersalin boleh pula saya berjalan, tak rasa sakit pula….bila check bukaan dah 4cm….semuanya berlalu terlalu pantas dan rasanya tetiba je saya dah bersalin…macam tak percaya akhirnya pada pukul 1.10 petang saya bergelar seorang ibu pada baby girl yang comel dan sihat seberat 3.1kg…Alhamdulillah Allah permudahkan proses bersalin saya yang pertama kalinya…sesuatu yang saya anggap ajaib berlaku masa saya tengah nak deliver baby tu, antara sedar dan tak sedar semasa sakit nak melahirkan tu saya terdengar bacaan ayat suci al-Quran….Subhanallah, sedangkan kat deliver room tu xde sape pun  yang baca al-Quran….saya pula hanya baca surah-surah dan ayat-ayat yang saya amalkan daripada buku panduan ibu hamil sepanjang proses deliver tu…

Esok paginya saya dah boleh keluar wad dan balik ke rumah….   

Luahan Hati Seorang ‘AKU’…

Maafkan aku….

Kamu tidak akan memahaminya….kerna kamu tidak lalui apa yg telah aku lalui…kerna kamu tidak pernah selami apa yg ada dalam hatiku…

Dia memang seorang lelaki yg baik…tapi dia tidak ku pilih kerna dia tidak cukup baik untukku…dia tidak selayaknya berada di sisiku….mungkin dia cukup baik untukmu,berada di sampingmu…tapi bukan untukku…walaupun ada insan lain menganggap bahawa dia pilihan terbaik untukku,tapi kalian tak akan memahaminya kerna kalian tak lalui apa yg aku lalui…dia tak sebaik yg kalian sangkakan,tak sebaik dan seperti yg aku sangkakan sebenarnya….aku kah yg kecewa?kecewa dengan penilaian yg aku buat ke atas dirinya…

Aku tak berdendam pada dia…

Aku tak marah lg pada dia…Walaupun sisa amarah tu amat sukar untuk aku singkirkan…aku cuba….

Aku doakn diri dia bahagia…kebahagiaan berada dalam hati dan hidupnya…

Apa yg aku mahukan dari dia pada saat dan tika ini? Kalau boleh aku ingin sekali pulangkan semua kenangan pahit yg dia hadiahkan untukku, semua kenangan manis kalau pun ia boleh dikatakan kenangan manis padanya…

Aku ingin dengar kata-kata pohon kemaafan darinya…benar-benar menyesali apa yg dia telah lakukan pada diriku dahulu…ku berikan kemaafan dan mendoakan kebahagiaannya tapi ikhlas ke hati aku untuk itu?

Luka di hati ini tiada siapa yg memahaminya….biarlah aku yg memohon kemaafan walaupun tiada sebabnya…moga Tuhan ampunkan dia dan berkati hidupnya seperti Tuhan kurniakan kebahagiaan pada diriku…

kamu tidak akan memahami bicaraku….

kerna kamu tidak lalui apa yg telah aku lalui….

maafkan ‘aku’ kerana hadir di celahan kehidupanmu….